A.Q.I.Q.A.H

AQIQAH : Ke arah Membentuk Bayi Muslim Sejati.

Khidmat Aqiqah ini Khas Bagi Mereka Yang Tiada Mempunyai Masa Dan Kelapangan Menguruskan majlis AQIQAH

Pengasas Bismi Enterprise : Haji Bismi Mat Jelas.

 

ASSALAMU'ALAIKUM

SELAMAT DATANG KE BISMI ENTERPRISE


Kami menyediakan perkhidmatan pengendalian ibadat aqiqah yang mensasarkan kepada pelanggan yang tidak mempunyai masa, ruang dan kemahiran mengendalikan ibadat ini.

 

Warga kota, pasangan ibu-bapa muda serta warga emas yang berhasrat melaksanakan ibadah ini ke atas anak-anak atau cucu mereka, tetapi pada masa yang sama kurang arif dan mahir mengendalikannya, kini turut dapat melaksanakan ibadah ini tanpa was-was lagi. Insya’Allah.

 

 Antara kelebihan yang bakal diperolehi dengan menjadikan Bismi Enterprise sebagai pengendali ibadah ini bagi pihak anda ialah :

- Kambing yang dipilih dijamin cukup usia, tidak cacat

  anggota, bersih dan makan dari sumber yang halal.

- Sembelihan yang sempurna dari penyembelih

  berpengalaman.

- Pemprosesan yang terjamin bersih serta dikendalikan

  dalam suasana terkawal.

- Daging tiada bau hamis.

- Pengagihan daging sembelihan akan dibuat mengikut  

   tuntutan syarak.

- Makanan yang dihantar, dimasak dan disediakan oleh

  tukang masak berpengalaman iaitu Tuan Haji Mosni  

  (bekas chef hotel terkenal).

- Pembungkusan yang kemas, bersih dan menggunakan

  bekas plastik bermutu.

 

 Perkhidmatan kami termasuk :

- Membekalkan kambing yang memenuhi syarat aqiqah.

- Memasak daging kambing tersebut mengikut menu pilihan

  pelanggan.

- Menghantar ke lokasi yang dipilih pelanggan.

- Membungkus makanan tersebut sekiranya perlu.

- Mengagihkan makanan tersebut kepada badan-badan

  kebajikan islam seperti yang terdapat dalam senarai kami

  antaranya beberapa rumah anak-anak yatim, pusat-pusat tahfiz Al-Qur'an dan sebagainya.

 

 Kambing jantan yang sudah cukup usia.


 

 

Nasi Beriani Kambing


 

Menu pilihan untuk kambing sembelihan :

- Kambing masak beriani.

- Kambing masak kari.

- Kambing masak lemak cili api.

 

Disamping itu, kami juga boleh menyediakan menu tambahan berikut (mengikut kehendak pelanggan) :

- Ayam masak merah.

- Dalca daging lembu.

- Kuih talam (talam ubi, talam kacang merah dan talam cendol).

 

Cara-cara membuat tempahan :

- Tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon pada bila-bila masa,

  selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh majlis.

- Nyatakan jumlah kambing, menu pilihan dan tambahan menu sekiranya ada.

- Nyatakan tarikh, masa dan lokasi majlis bagi tujuan penghantaran.

- SMS nama bayi yang hendak diaqiqahkan beserta alamat lengkap lokasi

  majlis.

- Segala pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan perbincangan melalui

  panggilan telefon kepada wakil Bismi Enterprise.

 

 

SILA HUBUNGI:

HAJI BISMI (JURU SEMBELIH)

BISMI ENTERPRISE

NO. 27, JALAN 6A/2, 43650

BANDAR BARU BANGI

SELANGOR.

NO TEL :            RUMAH -   03 8925 1550

                           Hj BISMI -  013 325 5489

                           Hjh RUSNAH  - 019 321 4191